life at kolej matrikulasi pulau pinang

Asalamualaikum dan salam sejahtera 

Aku nak cerita keadaan ketika di kolej matrikulasi. So, sebulan aku kerja di satu supermarket dan masa tu aku rehat, group whatsapp semua pakat kecoh pasal semakan kemasukan ke ipt. First tawaran aku dpt ialah tawaran ke politeknik, diploma minyak apa tah x ingat(x dpt tawaran mana2 uni sbb dulu malas belajar). Agak sedih laa masa ni sbb kwn2 semua dah ada hala tuju masing2. tiba masa hari aku tgh kerja tu (x ingat tarikh tapi masa tu semua kecoh pasal tawaran ke pra-universiti), aku sgt berharap dpt tawaran masuk matrik ni. So, nak dipendekkan cerita, aku dpt lah tawaran matrik ni. Dekat sgt dgn rumah aku 20 minit ja perjalanan(hihi).

Aku sebenarnya dapat sistem empat semester(SES) sesi 2018/2020 di kolej matrikulasi pulau pinang ataupun org panggil kmpp. masa dpt ni hati aku mmg seronok sgt. biar lah orr ckp matrik ni susah. aku lpstu mmg x senang duduk dah. Esok tu mmg dah sedia surat resign kerja.


HARI PENDAFTARAN


Masa ni semua dokumen dah siap. Masa keta sampai di pintu masuk, nampak lah kelibat abg2 dan kakak2 fasi tengah handle parking. Lupa nak bagitau, masa ni bulan puasa boleh bayanglah mcm mana letih dia kan. Nak angkut byk barang lagi. So lps daftar ja apa lagi terus check in bilik lah. Dkt kmpp ni ada 2 kluster perempuan iaitu kluster A dan kluster B dan 1 kluster budak2 laki iaitu kluster C(laki mmg sikit sini). Aku dapat blok Al Farabi ataupun dkt sini kami panggil C3(blok paling strategik aku rasa). Blok ni duduk di tengah2 antara blok C2,C4 dan C5 dan blok ni paling sikit charlie( matrik ni tepi sawah padi yaa). C3 ni paling takda charlie mungkin sbb dilindungi oleh blok2 lain kot(macam Malaysia terlindung dari tsunami sbb pulau sumatera lah) Aku dikurniakan bilik dgn 2 org budak sistem dua semester(SDS). Seorang dari terengganu dan sorang lagi duduk area sini ja( budak mrsm ooo). Tapi yg x bestnya rumet aku ni depa ada geng depa sendirilah. Jadi, aku masa ni mcm dah zaman form 1 dah, lonely dan x dak geng. So hari orientasi ni mmg MEMENATKAN.Pukul 6 pagi dah dengar bunyi siren (kuat nak m*mpus), semua kena siap pergi surau Annur solat subuh dan ada aktiviti. Dah laa bulan puasa kena pergi dewan Al Alfarabi berkali-kali. Malam pulak kena pergi surau untuk solat tarawih dan ceramah. 

HARI PERTAMA KELAS

Untuk pengetahuan semua aku masa hari first dapat modul 1. Apabenda pulak modul ni?? ehh sabaq sat naa kami nak cerita. Ok sistem jurusan di matrik ni terbahagi kepada modul 1, modul 2, modul 3 dan modul akaun. Modul 1,2,3 ni program pure science. modul 1 hayat, modul 2 fizikal dan modul 3 komputer. modul 2 ni sinonim dgn budak fizik manakala modul 3 ni sinonim dgn budak bio. modul satu pula?? tngah2 kot sbb modul satu x ambik sains komputer. program sains ni ada satu tahun dan 2 tahun, account ada satu tahun jaa.
Ok tarik nafas....aku sebenarnya mmg x minat fizik. Aku tak suka formula2 ni semua. Jadi aku buat keputusan tukar ke modul 3. mula2 rasa takut jugak nak tukar tapi bila dah tukar aku sangatlah bersyukur sbb dikurniakan classmate yang paling best sekali. Classmate aku mmg terbaik sangat dan aku rasa kami adaaa mcm perangai yang serasi(haha classmate aku mostly kepala masuk air).
Ok lagi satu nak bagitau. batch aku ni special iaitu batch 00 SES ialah batch di matrikulasi yang terima sistem baharu. Antara benda baru adalah:-
  • Nama sistem kami ditukar drpd program 2 tahun kepada sistem empat semester
  • kami batch ses terramai pernah menuntut di matrikulasi
  • kami batch yang dah xda kuliah, Kuliah tunggu sem 3
  • sem 3 kami akan digabungkan sekelas dgn budak sds 2019 
  • sem 1 dan 2 kami tak dikira pointer(so masa satu tahun ni lah aku boleh cari kelemahan dalam diri aku. perbaiki diri dari masa ke masa, alhamdulillah aku dpt jugak naik pentas masa hari akademik masa sem 2. Yg dpt tawaran ses tu jgn ambik mudah 1 tahun ni, ramai yg enjoy sem1 ,2 ni)

johan pattern taekwondo kmpp 2018/2020
kawan2 aku tengah perform taekwondo pattern. Depa johan tau. Aku segan nak join sbb kena perform depan org ramai

sukaneka kmpp
Ni masa sukaneka. aku baju pink tu. group kami johan

hari anugerah kecermelangan akademik kmpp
Nak naik pentas hari anugerah

Kakom fun run

Masa ni kami senior kena buat upacara perasmian kakom. Macam ala2 olimpik

Ni lah geng aku sem1 hingga sem2

ni kelas aku masa sem1 hingga sem2

tu gambar blok c2. gambar ni diambil dari blok aku c3

Sampai di sini saja cerita aku. btw ni entri pertama aku so aku ni baru nk berjinak2 dgn dunia blog ni disebabkan aku xda kerja(semua tempat kerja reject aku sbb depa tahu aku nak sambung degree (T_T)).
Tapi apa pun aku bersyukur sangat aku terima tawaran masuk matrik ni sbb dekat sini laa aku belajar untuk jadi lebih matang dan aku belajar erti berkawan..

Comments

Popular posts from this blog

Apakah itu babirusa?